Elak rapat dengan haiwan, termasuk binatang kesayangan – Pengarah KKM

0
1823
fotoBERNAMA

ORANG ramai dinasihatkan untuk mengurangkan kontak dengan haiwan, termasuklah binatang kesayangan, sebagai langkah-langkah berjaga terhadap Covid-19.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah adalah lebih baik untuk mengelakkan kontak rapat dengan haiwan.

“Apa yang penting sekarang adalah memberitahu orang ramai untuk cuba mengelakkan kontak rapat dengan haiwan.

“Kerana terdapat kebarangkalian apabila manusia berhubungan rapat dengan haiwan dan jika mahkluk itu dijangkiti Covid-19, maka virus itu dikhuatiri mungkin boleh menjangkiti manusia juga.

Ditanya mengenai binatang peliharaan yang disahkan positif sakit Covid-19, Dr Noor Hisham berkata haiwan berkenaan perlu dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Verinar untuk pemeriksaaan perubatan.

https://www.malaysiakini.com/news/519139

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here