Foto Berita Harian

HARI INI, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan penguatkuasaan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP yang bermula hari ini tersebut akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard ( SOP) yang ditetapkan.

Walaupun bersetuju dengan perlaksanaan tindakan kompaun ini, penulis tidak bersetuju dengan jumlahnya.

Bagi penulis jumlah tersebut amat kecil berbanding dengan risiko penularan jangkitan Covid19 kesan daripada kebejatan dan kedegilan mereka yang melanggar PKP.

Sepertimana yang kita tahu menular kini begitu mudah menular.

Selagi mana saringan tidak dilakukan tiada siapa pun yang tahu dirinya telah dihinggapi oleh virus berkenaan.

Akibatnya, sesiapa sahaja boleh menjadi pembawa dan penularan wabak tersebut.

Kompaun berjumlah RM1,000 berkenaan, jika dibandingkan dengan kos rawatan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagai langit dengan bumi bezanya.

Benar dan setuju bahawa denda yang dikenakan itu bersifat lebih berperikemanusiaan, tetapi jumlah itu tetap tidak akan menimbulkan rasa takut dalam kalangan manusia-manusia yang degil dan bejat.

Kelompok ini akan memandang enteng terhadap jumlah kompaun itu.

Bagi penulis, amat wajar jika jumlah kompaun itu dinaikkan lebih tinggi lagi.

Sifat manusia, jika tahu kemungkinan untuk dirinya kerugian besar, pastinya dia akan lebih serius dalam mematuhi perintah pergerakan ini.

Berdasarkan itu, penulis juga berpendapat, tempoh bayaran bagi kompang tersebut juga perlu dipendekkan.

Barulah bak kata orang Perak, ada akal sedikit mereka yang terus degil lagi bejat tidak mahu mematuhi PKP yang sedang berlangsung ketika ini. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here