Kedai gunting rambut perlu syarat operasi

0
369
FOTO: NSTP/KHAIRUNISAH LOKMAN.

KEDAI gunting rambut dibenarkan beroperasi. Tetapi apakah syarat atau peraturan yang perlu dipatuhi? Timbul persoalan ini apabila tukang gunting dan pelanggan tidak mungkin mematuhi penjarakan sosial.

Bagaimana mahu memastikan pelanggan dan tukang gunting tidak mempunyai simptom yang menyebabkan jangkitan.

Tukang gunting sudah tentu kena dekat dengan pelanggan melainkan jika ikut aksi gambar di atas. Andai kata salah seorang itu pembawa virus macam mana?  Gunting, sikat, tuala, kain dan macam-macam lagi diguna untuk kepala pelanggan.

Tidak mungkin memadai penutup hidung dan mulut serta pembasmi kuman. Mungkinkah tukang gunting perlu peralatan PPE?

Bab berlonggok di dalam kedai boleh dielak  jika diarah beratur macam nak beli ikan di pasar tetapi bab lain yang agak musykil.

Diharapkan pihak berkenaan dapat merungkai persoalan ini dan mengeluarkan garis panduan atau prosedur hang lebih jelas supaya tidak timbul sebarang keraguan.

Kemungkinan kedai gunting rambut akan diserbu setelah lebih tiga minggu berkurung di rumah di bawah peraturan Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan pula kedai gunting rambut jadi kluster baharu.

Semalam, kerajaan mengumumkan  kelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi. Keputusan berkenaan diambil menerusi mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.

Selain kedai gunting rambut dan dobi (bukan layan diri), sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan adalah industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, perkhidmatan selepas jualan seperti penyelenggaraan), industri mesin dan peralatan.

Industri Aeroangkasa, projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan, perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar, kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here