Syarikat penerbangan Virgin Australia mangsa korporat pertama Covid-19 di Australia

0
648
FOTO: Wikimedia Commons/Mehdi Nazarinia [GFDL 1.2 (http://www.gnu.org/licenses/old-licenses/fdl-1.2.html) or GFDL 1.2 (http://www.gnu.org/licenses/old-licenses/fdl-1.2.html)]

Oleh FETTY RARA

SYARIKAT Virgin Australia sah bankrap dan diletakkan bawah pentadbiran suka rela (voluntary administration) sebagai mangsa korporat Australia pertama  wabak Covid-19.

Syarikat penerbangan kedua terbesar di Australia itu pada bulan lalu menghentikan hampir kesemua penerbangan  berikutan sekatan perjalanan global, lapor bbc.com.

Pada masa itu syarikat tersebut telah pun terkesan dan dibebankan dengan hutang jangka panjang sebanyak RM13 bilion.

Syarikat tersebut kini mencari pembeli baharu dan pelabur setelah gagal mendapatkan pinjaman daripada kerajaan Australia.

Ketua Eksekutif Virgin Australia Paul Scurrah berkata keputusan mereka hari ini adalah bagi menyelamatkan masa depan Virgin Australia Group supaya terselamat selepas krisis Covid-10.

Beliau berkata Australia memerlukan syarikat penerbangan kedua dan syarikat itu bertekad untuk meneruskan operasi.

Sementara itu, Sir Richard Branson yang memiliki sebahagian daripada Virgin Australia telah menawarkan pulau Carribean miliknya sebagai cagaran bagi mendapatkan bantuan daripada kerajaan British untuk menyelamatkan Virgin Atlantic.

Virgin Australia dimiliki bersama oleh kerajaan Emiriah Arab Bersatu, Singapore Airlines, HNA China dan kumpulan syarikat Sir Richard Branson.

Lebih 10,000 orang bekerja untuk syarikat tersebut sementara 6,000 lagi dengan syarikat-syarikat berkaitan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here