KKM garis enam kriteria sebelum PKP boleh ditamatkan – KP Kesihatan

    0
    882
    FOTO: NSTP/ASWADI ALIAS.

    PUTRAJAYA — Enam kriteria digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan atau tidak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

    Beliau berkata ia merangkumi kawalan keselamatan, kawalan pergerakan, kemampuan sistem kesihatan, kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi, mengamalkan norma baharu dan kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

    “Sekarang ini masih pantau data-data kita setiap hari sama ada PKP akan disambung atau tidak. Kita masih belum buat sebarang keputusan. Tetapi yang pasti kita ada enam kriteria sebelum laksanakan untuk tamat PKP,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

    -Bernama

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here