Dunia berisiko kebuluran kerana wabak Covid-19

0
920
FOTO: Wikimedia Commons/Okello warom / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa dunia mungkin diancam kebuluran secara meluas disebabkan pandemik Covid-19.

Pengarah Program Makanan Sedunia (WFP), David Beasly berkata oleh yang demikian tindakan segera dan pantas amat diperlukan bagi mengelakkan malapetaka itu, lapor bbc.com.

Menurut satu laporan adalah dianggarkan bahawa jumlah manusia yang mungkin terkesan oleh kebuluran boleh mencecah daripada 135 juta kepada lebih 250 juta.

Sebanyak 10 negara dianggap paling berisiko kerana selain Covid-19 masing-masing turut dilanda konflik, krisis ekonomi dan kesan negatif perubahan cuaca.

Edisi ke-4 Laporan Krisis Makanan Dunia WFP merujuk kepada negara Yemen, Republik Demokratik Congo, Afghanistan, Venezuela, Ethiopia, Sudan Selatan, Syria, Nigeria dan Haiti.

Di Sudan Selatan, sebanyak 61% penduduknya menderita berikutan krisis makanan pada tahun lalu.

Sejak sebelum wabak Covid-19 menular lagi beberapa bahagian Afrika Timur dan Selatan Asia telah pun dilanda krisis kekurangan makanan disebabkan oleh kemarau dan serangan belalang paling buruk sejak beberapa dekad.

Berucap pada sesi Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini, Beasley berkata dunia perlu bertindak cepat dan secara berhemah.

Beliau berkata antara penyelesaiannya ialah dengan menggunakan segala kepakaran dan jalinan kerjasama antarabangsa bagi menangani kemungkinan berlakunya malapetaka tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here