Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

MENURUT John Hopkins University lebih 200,000 kematian telah dilaporkan di seluruh dunia dengan 2.8 juta kes jangkitan.

Angka tersebut adalah susulan jumlah kematian yang telah melebihi 50,000 orang di Amerika Syarikat.

Media rasmi China melaporkan kematian pertama pada 11 Januari lalu dan seterusnya sebanyak 210 negara telah melaporkan kes-kes jangkitan dan kematian.

Kini lima negara telah melaporkan kematian melebihi 20,000 walaupun cara kes dikira amat berbeza dari negara ke negara, lapor bbc.com.

Jumlah kematian paling tinggi dilaporkan berlaku di AS, Itali dan Sepanyol, sementara Jabatan Kesihatan United Kingdom semalam mengumumkan lebih daripada 20,000 kematian di negara itu.

Setiausaha Dalam Negeri UK Priti Patel menyifatkan angka tersebut sebagai petanda yang tragik dan seluruh negara kini sedang berkabung.

Data dari UK itu tidak mengambil kira kes kematian di rumah atau di pusat penjagaan orang tua.

Perancis yang mengambil kira jumlah kematian di rumah penjagaan orang tua pula melaporkan kenaikan kematian sebanyak 369 semalam.

Sehingga kini Perancis mencatatkan sebanyak 22,614 kematian sejak bulan lalu, tetapi pegawai-pegawai perubatan berkata kadar kematian di hospital sedang menurun dan jumlah pesakit menerima rawatan rapi pula telah menurun bagi 17 hari berturut-turut.

Dalam pada itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pesakit yang telah sembuh mungkin tidak akan dijangkiti kembali.

Gabenor New York Andrew Cuomo berkata beliau akan membenarkan farmasi swasta menjalankan ujian Covid-19, selain memperluaskan saringan untuk mendapatkan antibodi  di empat hospital, bermula dengan petugas-petugas penting.

New York setakat ini mencatatkan lebih daripada 16,000 kematian.

Di Belarus sebuah rumah anak yatim merayu kerajaan supaya membantu setelah 13 kanak-kanak kurang upaya dan 10 kakitangan dijangkiti Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here