MCMC siasat pemimpin NGO kecam Rohingya dalam wawancara radio

    0
    508

    SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang meneliti satu wawancara radio yang menyaksikan seorang pemimpin NGO menyerang komuniti Rohingya.

    Dalam kenyataan kepada FMT, suruhanjaya itu berkata, ia maklum mengenai wawancara Bernama Radio dengan Halim Ishak, yang mengetuai Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia.

    Dalam wawancara 30 minit itu yang dimuat naik ke laman Facebook Bernama radio pada Khamis, Halim menyifatkan orang Rohingya sebagai pengotor dan tidak beradab.

    “Mereka (orang Rohingya) ada masalah adab sopan dan budaya. Bangsa ini ramai penipu dan menjalankan aktiviti haram,” katanya.

    Halim juga berkata, orang Rohingya mempunyai masalah kebersihan dan menimbulkan banyak masalah kepada rakyat tempatan.

    “MCMC akan menilai dan menyiasat kandungan wawancara itu sewajarnya sebelum apa-apa tindakan susulan diambil,” katanya.

    “Suruhanjaya ini juga mahu menegaskan bahawa semua stesen penyiaran adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kod Kandungan.”

    Carian oleh FMT mendapati video wawancara tersebut tidak lagi terdapat di halaman Facebook Bernama Radio.

    Kenyataan Halim, yang dibuat berikutan banyak serangan xenofobia terhadap komuniti itu, yang merupakan kalangan etnik minoriti di Myanmar yang melarikan diri daripada kempen genosid di negara itu, turut dikritik oleh Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim).

    Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa media massa tidak menyiarkan, menerbitkan atau memanjangkan berita palsu terhadap komuniti itu kerana kesan besar yang mungkin timbul jika mereka berbuat demikian.

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/27/mcmc-siasat-pemimpin-ngo-kecam-rohingya-dalam-wawancara-radio/
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here