Ubat Remdesivir punya kuasa jelas melawan Covid-19

0
318

Oleh FETTY RARA

TERDAPAT bukti jelas bahawa ubat remdesivir boleh membantu pesakit pulih daripada jangkitan Covid-19.

Menurut kumpulan pakar di Amerika Syarikat remdesivir mampu memendekkan jangka masa gejala daripada 15 hari kepada 11 hari apabila diuji di hospital serata dunia, lapor bbc.com.

Butiran legkap belum dikeluarkan, tetapi ramai pakar berkata jika disahkan ia merupakan penghasilan yang amat baik walaupun bukan penawar untuk semua penyakit.

Ubat seperti itu berpotensi untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan tekanan ke atas hospital dan membantu pelonggaran ‘lockdown’.

Asalnya remdesivir dihasilkan untuk mengubati jangkitan Ebola. Ia merupakan sejenis ubat antivirus yang bertindak menyerang enzim yang diperlukan oleh virus untuk membiak dalam sel-sel tubuh.

Ujian pada mulanya dilakukan oleh National Institute of Allergy and Infectious Diseases (NIAID) ke atas 1,063 orang. Sesetengah daripada mereka diberikan ubat tersebut sementara yang lain hanya menerima plasebo.

Dr Anthony Fauci yang mengetuai NIAID berkata data yang diperoleh menunjukkan bahawa remdesivir menghasilkan kesan amat ketara dan positif untuk memendekkan masa untuk pulih.

Beliau juga berkata ia membuktikan bahawa ubat seperti itu mampu melawan Covid-19 dan seterusnya muncul sebagai bukti bahawa kita boleh merawat pesakit.

Bagaimana pun, impak remdesivir berhubung kes kematian belum lagi jelas. Kadar kematian yang berlaku hanya 8% bagi pesakit yang diberikan ubat itu dan 11.6% dalam kalangan mereka yang diberikan plasebo.

-BebaNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here