Pendigitalan buruh dalam normal baharu

0
785
ILUSTRASI: Elite Digitech.

Oleh Dr. Suhaimee Saahar @ Saabar

HARI buruh untuk tahun ini amat berbeza berbanding dengan tahun-tahun lepas. Pandemik Covid 19 ini telah banyak memberikan kesan kepada kehidupan kita terutamanya semua golongan pekerja. Cara bekerja kita ternyata berubah dan perlu mengikuti arahan dari semasa ke semasa bagi memastikan bukan sahaja penularan wabak ini terhenti tetapi budaya produktivi rakyat perlu dikekalkan dalam satu tempoh masa yang sukar.

Keputusan kerajaan untuk membuka beberapa sektor bukan sahaja menarif nafas lega kepada industri tetapi kepada golongan pekerja. Ini sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan beban kewangan dan pihak industri juga boleh menyelaraskan kembali persekitaran pekerjaan mereka di bawah normal baharu.

Dijangkakan persekitaran pekerjaan akan berubah dimana kita akan memfokuskan persekitaran yang lebih bersifat dinamik, digital dan remote work. Normal baharu ini juga bukan sahaja mempengaruhi persekitaran pekerjaan malah bentuk pekerjaan itu sendiri. Kemungkinan ruang kerja digital akan menggantikan ruang kerja tradisi sedia ada. Namun begitu adalah terlalu awal untuk kita melihat perubahan besar ini. Dalam tempoh PKP ini hampir 100% pekerjaan dan keputusan dibuat secara digital dan maya.

Normal baharu ini mewujudkan ruang kerja yang menumpukan kerja secara berpasukan, kolaborasi dan semua ini dipermudahkan dengan bantuan teknologi digital berbanding dengan lokasi fizikal hari ini. Malah syarikat seperti Microsoft telah lama meramalkan normal baharu ini dengan mengambil kira sekiranya pandemik seperti ini berlaku dan menjejas produktiviti syarikat mereka. Malah ia dilihat satu revolusi baru dalam sektor perkerjaan masa depan.

Adakah dengan normal baharu yang berteraskan digitalisasi perkerjaan akan menyumbang kepada produktiviti digital? Ia merupakan satu perkara baru yang kita akan terokai bersama melalui proses teknologi dan inovasi disruptive. Kerajaan akan melakukan proses digitalisasi dalam beberapa sektor bagi menjamin produktiviti negara tidak terjejas kerana pandemik ini. Perdana Menteri juga telah menyebut sistem e-kerajaan mungkin akan berubah dan akan dipertingkatkan kerana ketika ini ia hanya ditahap 30 -40 peratus.

Oleh itu, produktiviti digital yang akan terhasil ini mungkin akan membantu dalam meningkatkan lagi prestasi pekerja dan majikan. Organisasi mungkin perlu melatih pekerja bagi meningkatkan kemahiran teknikal mereka dalam penguasaan dunia digital. Normal baharu ini akan tidak terjelma sekiranya prosidur kerja masih ditakuk lama sedangkan beberapa proses penting dapat dilakukan dengan segera.

Produktivi digital ini tidak akan dinilai lagi dengan dimana kita bekerja tetapi bagaimana kita bekerja. Kunci utama adalah untuk memastikan pekerja bukan saja celik IT tetapi kemampuan mereka menggunakan sumber dan data yang ada secara lebih efisen. Hari ini kita juga melihat beberapa siri persidangan atas talian dibuat dengan menggunakan platform yang berbeza-beza. Perkongsian maklumat dan kepakaran berlaku atas talian.

Ruang kerja digital dan produktivi digital ini mungkin terlalu awal untuk kita perkatakan hari ini. Tetapi ia bukan satu perkara yang mustahil apabila kebanyakan negara sudah mula menumpukan kepada pendigital buruh (labor digitalization). Kebangkitan gig economy kini mula ketara dan pendigitalan buruh sebagai salah satu strategi pembangunan ekonomi akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam normal baharu hari ini. Kita perlu menukar cara pemikiran kita hari ini kerana 2020 yang kita lihat hari ini berbeza dengan pandangan 20 tahun dahulu dengan memfokuskan aspek mobility, fleksibiliti dan efisensi.

Dr Suhaimee Saahar @ Saabar merupakan Timbalan Dekan
Penyelidikan dan Jaringan Industri, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
UiTM

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here