PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan tahniah kepada seorang pelajar Malaysia, Azhar Ali, 20, kerana berjaya memperoleh biasiswa daripada National Aeronautics and Space Administration (NASA) Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

“Kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus berjaya,” kata Muhyiddin menerusi ciapan di Twitter beliau.

Azhar menerusi akaun Twitter beliau semalam memuat naik status bersyukur kerana tidak menyangka akan mendapat tawaran biasiswa itu sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.

Daripada lebih tiga juta orang peserta yang mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis itu, rekaan beliau dilaporkan memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik serta konsisten.

Sehingga pukul 8.00 malam kelmarin ciapan pemuda berkenaan telah menerima 22,500 perkongsian (retweet) dan lebih 34,400 tanda suka (like) selain turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakyat Malaysia termasuk oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

— BERNAMA 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here