Jangan ambil tindakan terhadap pekerja belum dapat kelulusan polis

    0
    593
    FOTO: NSTP.

    PUTRAJAYA — Majikan diminta supaya jangan ambil tindakan terhadap pekerja yang belum mendapat kelulusan polis untuk pulang dari kampung.

    Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran bergerak pekerja-pekerja mereka yang masih berada di kampung bergantung kepada kelulusan polis ke atas permohonan yang dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

    Di samping itu, polis juga akan menyediakan jadual pergerakan mereka, yang dijangka akan bermula 7 Mei sehingga 10 Mei.

    “Sehingga kini, polis menerima 500,000 permohonan untuk pulang bekerja,” katanya pada sidang media hari ini.

    https://bit.ly/2Wigvun

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here