Pas, UMNO akan gunakan satu logo pada PRU15?

0
366

Pada 5 Mac (Selasa) ini, jawatankuasa perunding antara Pas dan UMNO akan berkumpul.

Oleh GAMAL NASIR MOHD ALI

 
APAKAH UMNO dan Pas akan menggunakan satu logo pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU15) akan datang ini?

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata hari ini (2 Mac), perkara tersebut akan dibincangkan pada Selasa (5 Mac) ini oleh sebuah jawatankuasa perunding antara Pas dan UMNO.

“Itulah perancangan kita (terhadap soalan menggunakan satu logo pada PRU15).

“Untuk makluman, saya, atas arahan parti, telahpun menulis surat kepada Setiausaha Agung UMNO (Tan Sri Annuar Musa) untuk kita menubuhkan sebuah jawatankuasa perunding antara Pas dan UMNO.

“Dan pada 5 Mac (Selasa) ini, jawatankuasa perunding antara Pas dan UMNO itu akan berkumpul,” jelas Takiyuddin dalam satu rakaman video pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih (N.24) di Hulu Langat, Selangor hari ini (3 Mac).

Dalam video tersebut, Takiyuddin dilihat bertemu dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Takiyuddin berkata, beliau yakin satu perkembangan yang baik bakal berlaku.

“Kita akan lihat satu perkembangan yang baik, dan insya-Allah yang diredai Allah,” tegas beliau.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here