FOTO: NSTP

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terbaru dijalankan oleh pihak berkuasa itu.

“Perkara itu mengenai SPRM, jadi sebaiknya kalau kita rujuk perkara itu dengan SPRM kembali.

“KKM akan selalu dan sentiasa beri kerjasama pada SPRM kalau diperlukan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebelum ini dilaporkan SPRM sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak membekalkan kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Memetik laporan portal The Malaysian Insight, syarikat itu didakwa mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah KKM.

Semalam Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi anti-rasuah itu bagi memastikan kementerian berkenaan bersih dan berintegriti, berikutan desas-desus pegawai di KKM disiasat oleh SPRM.

Pada 30 April, peguam Wee Choo Keong meminta KKM bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, membabitkan usaha menyekat penularan wabak Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah, tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan Covid-19, selain kontrak membekalkan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/05/kkm-akan-kerjasama-dengan-sprm-berhubung-siasatan-kontrak-rm30-juta/

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here