Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PIHAK berkuasa di India mengarahkan siasatan segera ke atas kejadian di mana 16 orang maut digilis sebuah kereta api barang di wilayah Maharashtra.

Mangsa adalah terdiri daripada pekerja asing yang tertidur atas landasan setelah letih berjalan kaki menuju ke sebuah stesen dengan harapan dapat menaiki tren untuk pulang ke kampung, lapor bbc.com.

Mereka adalah antara berpuluh ribu penduduk India yang melarikan diri dari bandar-bandar besar dengan berjalan kaki setelah India diletakkan di bawah perintah ‘lockdown.’

Menurut pegawai perkhidmatan kereta api kesemua mangsa pada mulanya berjalan kaki di jalan raya menuju ke bandar Aurangabad, tetapi kemudian memilih untuk berjalan menyusuri landasan kereta api.

Setelah berjalan sejauh 36km mereka yang begitu keletihan berhenti untuk berehat.

Mereka menyangka bahawa landasan tersebut tiada perkhidmatan kereta api kerana ‘lockdown’

Apabila semua industri ditutup kerana pandemik Covid-19 sejak 24 Mac, kebanyakan pekerja asing bimbang mereka akan kebuluran selagi mereka berada di bandar, justeru mereka tiada pilihan selain berjalan kaki untuk cuba pulang ke kampung.

Kejadian menyayat hati itu telah mencetuskan kemarahan di India.

Berikutan itu apabila sekatan pergerakan dilonggarkan awal bulan ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa semua pekerja asing boleh menaiki kereta api dan bas percuma untuk pulang ke kampung masing-masing.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here