Dr Wong Fort Pin di hadapan kereta rasmi Honda Executive yang enggan dipulangkan kepada kerajaan negeri.

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA — Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Pakatan Harapan (PH), Dr. Wong Fort Pin tetap mendakwa beliau masih memegang jawatan tersebut walaupun dalam Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri
(DUN) di Seri Negeri hari ini telah melantik Datuk Ghazale Mohamad (BN-Rim) sebagai pengantinya.

Ekoran daripada itu beliau tidak akan memulangkan kereta rasmi Honda Executive yang dipandu itu sebaliknya akan terus memandu kenderaan tersebut.

Ujarnya, beliau belum menerima sebarang surat rasmi daripada kerajaan yang memerintah untuk memulangkan kenderaan tersebut.

“Saya masih Speaker DUN sehingga sah saya diundi untuk disingkirkan daripada jawatan ini dalam Persidangan DUN.

“Sehubungan itu saya akan terus menggunakan kenderaan rasmi yang diterima sejak PH berkuasa pada 2018.

“Saya akan memulangkan kereta rasmi kepada kerajaan negeri dalam Persidangan DUN akan datang dan saya dipecat oleh kerajaan yang memerintah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Wong berkata, PH turut sangsi dengan pelantikan Ab Rauf Yusoh sebagai Speaker DUN yang baharu menggantikan Datuk Omar Jaafar.

Beliau berkata, sepatutnya Perikatan Nasional (PN) tidak perlu risau kerana mereka mempunyai majoriti dalam DUN dan berhak untuk membuat apa juga keputusan untuk melantik Speaker dan Timbalanya yang baharu.

“Apa yang tidak profesionalnya, mereka (PN) tidak mengindahkan keputusan Omar untuk menangguhkan Persidangan DUN ke-14 ke satu tarikh lain. Sebaliknya PN sambung semula Sidang DUN tanpa kehadiran kami,” ujarnya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here