Sekolah Kebangsaan perlu dimantapkan

0
359
FOTO: Wikimedia Commons/Photo by CEphoto, Uwe Aranas

SEKARANG ini agak banyak juga telah diperkatakan mengenai sekolah-sekolah kebangsaan (SK).

Yang sungguh memusykilkan ialah terdapatnya agak ramai pula di antara rakyat negara ini yang memandang rendah terhadap sekolah sekolah itu termasuk orang Melayu sendiri.

Hinggakan terdapat agak ramai juga ibu bapa Melayu yang memilih untuk mengantar anak anak mereka belajar di sekolah Cina manakala yang mampu mengantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah-sekolah antarabangsa, swasta atau sekolah di luar negara.

Jadi tidak menghairankan mengapa terdapat sesetengah pembesar negara seperti pemimpin politik bahkan ada menteri pun tidak mengantar anak1anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan.

Bahkan terdapat pula ibu bapa Melayu memilih untuk mengantar anak-anak mereka belajar di sekolah Cina.

Ini adalah kerana banyak juga di antara mereka itu menganggap sekolah-sekolah Cina lebih baik dari sekolah kebangsaan.

Maka itu sudah tibalah masanya bagi kerajaan mengubah persepsi ini dengan memberi tumpuan secukupnya untuk mempertingkatkan mutu semua sekolah-sekolah kebangsaan.

Sekolah kebangsaan sudah sepatutnya diberi perhatian lebih baik dan mantap dengan meningkatkan taraf profesyen perguruan menjadi antara profesyen pilihan dalam negara ini.

Maknanya semua mereka yang mahu menjadi guru hendaklah sebolehnya ditawarkan kepada yang berminat sahaja.

Gaji yang ditawarkan juga hendaklah yang terbaik. Inilah sahaja usaha yang boleh menjamin hanya mereka yang berminat dan sanggup berdedikasi sahaja dipilih menjadi guru.

Kita harus faham bahawa guru-guru sudah sepatutnya mempunyai sikap demikian; ini amatlah penting kerana kepada mereka itulah kita meletakkan kepercayaan dan tanggung jawab untuk bukan sahaja memberi pengajaran tetapi membimbing anak-anak kita membesar dengan berpengetahuan, berhemah tinggi di samping mempunyai rasa tanggung jawab mendalam kepada nusa dan bangsa.

Maka itu profesyen ini tidak lagi harus dianggap sebagai satu pekerjaan yang tidak diingini atau pun hanya sebagai satu profesyen yang terpaksa diceburi kerana gagal mendapat pekerjaan lain.

Inilah usaha yang perlu dilakukan kerajaan sekiranya ia serius mahu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Tidak ada jalan lain lagi kiranya kita mahukan negara ini dan rakyatnya mencapai kedudukan yang baik di antara negara negara di dunia ini serta warganya.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here