Co-opbank Pertama mahu jadi bank koperasi syariah terunggul

0
786
(GAMBAR ATAS) MOHD NOR ABD RAZAK (kiri) dan Kamari Zaman Juhari pada Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) tahun 2019 bagi kawasan Putrajaya, Wilayah Persekutuan di Putrajaya pada 3 Mac 2019.

Keuntungan tahun CBP sebelum diaudit sebanyak RM52 juta bagi tahun 2018 juga mencerminkan bahawa CBP berada pada landasan yang betul dalam mencapai sasaran keuntungan RM100 juta pada tahun 2020.

Oleh GAMAL NASIR MOHD ALI

 
KOPERASI Co-opbank Pertama (CBP) bakal melancarkan logo baharu ada April ini sebagai tanda penjenamaan semula CBP ke arah sebuah co-opbank (bank koperasi) syariah terunggul di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CBP, Mohd Nor Abd Razak berkata semalam (3 Mac), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan penggunaan logo baharu ini pada 28 Disember lalu.

Logo yang akan dilancarkan itu bakal memberi nafas baru kepada CBP selepas menerima pengiktirafan sebagai sebuah co-opbank pada 2014.

Logo berkenaan juga sebagai testimoni komitmen CBP kerana berjaya disenaraikan sebagai koperasi ketiga terbaik pada 2018.

“Penjenamaan semula CBP menjurus ke arah perbankan moden yang bertenaga berlandaskan nilai-nilai Islamik dalam usaha mencapai visi sebagai sebuah co-opbank syariah terunggul di Malaysia,” tegas Mohd Nor.

Semalam, Mohd Nor telah menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) tahun 2019 bagi kawasan Putrajaya, Wilayah Persekutuan di Putrajaya.

MAK CBP telah bermula pada 6 Februari lalu dan akan tamat pada 30 Mac ini, yang melibatkan 24 buah kawasan.

Sebanyak 11 buah kawasan telah dilaksanakan, manakala 13 buah kawasan akan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

Pada setiap MAK, pemilihan perwakilan akan dilaksanakan di setiap kawasan bagi memilih perwakilan setiap kawasan untuk ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan CBP yang akan diadakan pada 22 Jun nanti.

Sementara itu, menurut Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari, kehadiran perwakilan di setiap MAK amat memberansangkan dengan purata melebihi 800 anggota hadir di setiap kawasan.

“Jumlah kehadiran yang tinggi ini jelas menunjukkan komitmen dan sokongan padu anggota terhadap CBP.

“Keuntungan tahun CBP sebelum diaudit sebanyak RM52 juta bagi tahun 2018 juga mencerminkan bahawa CBP berada pada landasan yang betul dalam mencapai sasaran keuntungan RM100 juta pada tahun 2020,” tambahnya.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here