Isu yuran taska, tuisyen: Perlu ada keadilan untuk semua

0
851
FOTO: NSTP

Oleh ARRAZAQ NAZRI

DITELAN mati mak diluah mati bapak…begitulah dilema ibu bapa yang hantar anak ke pusat asuhan dan pusat tuisyen swasta

Bukan mereka tidak.mahu membayar yuran tetapi ibubapa juga berdepan dengan masalah kewangan dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Itulah polemik yang melanda masyarakat sejak PKP bermula 16 Mac lalu dan dilanjutkan hingga 9 Jun depan.

Bagi ibu bapa, menempatkan anak di Taska memudahkan mereka untuk mula bertugas dan pusat tuisyen pun kini menjadi keperluan apabila anak-anak memerlukan perhatian tambahan sewaktu belajar.

Bukan semua dilahirkan pintar dan mampu berusaha sendiri untuk berjaya.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, permasalahan ini bukan hanya melibatkan kelompok tertentu sahaja tetapi hampir semua yang terkesan dengan PKP.

Pihak pengusaha taska mahupun pusat tuisyen patut mencari jalan tengah bagi menyelesaikan permasalahan tersebut agar tidak berpanjangan.

“Kedua-dua pihak saling memerlukan maka perlu ada keadilan untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan.

“Pusat tuisyen dan taska mahupun ibubapa yang menghantar anak mereka ke kedua pusat pendidikan tersebut mempunyai tanggungan kewangan semasa PKP berlangsung,”katanya ketika dihubungi di sini.

Nadzim berkata, kedua pihak perlu ada formula menang-menang agar kelangsungan taska dan pusat tuisyen yang terlibat tidak terjejas.

Katanya lagi, pusat tuisyen mempunyai komitmen tanggungan sewa premis bulanan untuk dijelaskan dan ini membebankan mereka yang mengharapkan bayaran yuran bagi menampung kos tersebut.

“Dalam masa yang sama ibubapa juga mempunyai kos tambahan untuk menampung keluarga sepanjang PKP.

“Kita pun banyak menerima aduan berhubung perkara tersebut. Mungkin ibubapa boleh membayar separuh yuran tersebut bagi membayar kos sewa,”katanya.

Mungkin penyelesaian yang dilontarkan PPIM boleh diguna pakai tetapi pengendali taska atau tuisyen juga tidak boleh terlalu berkeras kerana wajarkah ibu bapa terpaksa membayar untuk khidmat yang tidak diterima.
-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here