Bekas wartawan Utusan jual acar buah tarik perhatian Najib

0
2517

Oleh MOWARDI MAHMUD

“Bilalah nak dapat duit pampasan ni. Tak dak duit nak bayar hutang. Tak larat nak keruk duit simpanan dah,” kata Wan Nurazah Wan Chik dalam hantaran whatsApp kepada penulis tidak lama dahulu.

Sejak itu, tiada lagi kedengaran khabar tentang anak kelahiran Kedah itu sehingga tiba-tiba muncul gambar beliau menyerahkan acar buah kepada bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ternyata kagum dengannya.

Wan Nurazah merupakan sebahagian dari lebih 700 wartawan dan kakitangan Utusan yang berhenti di bawah Skim Pemberhentian Sukarela (VSS), satu langkah pengorbanan yang dilakukan dengan harapan syarikat mampu kembali pulih.

Malangnya, syarikat gagal bangkit malah akhirnya tutup dan bayaran VSS yang sepatutnya oleh diterima kakitangannya seperti Wan Nurazah tidak kunjung tiba, ibarat menunggu buah yang tidak gugur.

Najib dalam hantaran Facebooknya menghargai usaha bekas wartawan itu menggunakan kebolehannya membuat acar buah sebagai satu bentuk perniagaan secara kecil-kecilan untuk dijual kepada rakan dan juga jiran-jiran.

Wan Nurazah berkata, menjadi kelaziman beliau menghadiahkan acar buah kepada bekas PM itu pada setiap bulan puasa tetapi tidak menyangka gambar beliau dimuat naik dalam Facebook bekas pemimpin negara.

Beliau memberitahu BebasNews, perniagaan menjual acar buah dimulakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan sehingga kini beliau berjaya menjual sehingga 250 bekas acar buah pada harga RM20 setiap satu bagi bekas yang beratnya 400 gram.

Wan Nurazah mengakui mendapat permintaan yang menggalakkan daripada orang ramai tetapi dalam tempoh PKP, harga bahan mentahnya agak mahal.

Mereka yang berminat bolehlah menghubungi beliau melalui no 012-6901469.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here