Bekerja dengan pemimpin yang tidak anda percayai?

0
605
Suasana Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

INI adalah kebenaran yang ‘menyakitkan’ dan anda tidak perlu pergi melihat jauh untuk mencari siapa pemimpin itu.

Kerana, ia mungkin juga berlaku kepada anda juga.

Kita hilang kepercayaan kepada pemimpin kerana banyak sebab: kepercayaan yang luntur, kurang keyakinan atau hanya perselisihan kecil.

Sekiranya anda bekerja untuk pemimpin yang tidak dipercayai, anda mungkin merasakan jalan menuju kejayaan akan menjadi sangat sukar.

Sebilangan besar rakan akan memberitahu anda supaya mendapatkan pekerjaan lain dan jika pilihan datang, anda perlu memikir untuk mendapatkannya.

Namun, biasanya anda tidak mempunyai pilihan selain tinggal dan kekal di tempat sedia ada dalam jangka masa terdekat atau pendek.

Jika begitu, anda tidak harus hilang harapan. Anda harus percaya bahawa perjuangan dan masa paling sukar kita adalah ketika kita berada pada fasa perkembangan.

Apabila anda terjebak dalam keadaan yang tidak baik, anda selalu mendapat iltizam untuk belajar sebanyak mungkin darinya.

Anda mungkin bertahan bahkan cemerlang, di bawah kepimpinan yang tidak serasi.

Sekiranya mendapati pemimpin anda tidak boleh dipercayai tetapi anda masih mahu Berjaya; ada beberapa tindakan yang boleh anda ambil.

Dalam situasi yang sukar, wajar untuk mengeluh tentang orang lain terutama orang yang dipertanggungjawab untuk memimpin anda dan rakan-rakan.

Tumpukan perhatian pada diri sendiri dan bukannya melihat apa yang salah dengan orang lain. Fikirkan tujuan anda.

Sukar untuk tidak menjadi emosional ketika situasi sukar, tetapi anda tidak perlu membiarkannya menjadi peribadi.

Menguruskan emosi anda adalah kemahiran yang sangat penting ketika anda selalu dicabar.

Penting untuk tidak bergosip, menyerang, atau bercakap buruk tentang pemimpin anda; ini akan memberi kesan buruk kepada anda, dan mungkin menjadikan mereka tokoh yang lebih disimpati.

Sekiranya anda berada dalam situasi di mana anda perlu bersuara, tumpukan kepada fakta. Sentuh dan serang kepada idea sahaja, bukan kepada orang tersebut.

Jadilah seperti ‘span’. Pelajarilah dan belajar sebanyak yang anda boleh.

Percayalah bahawa kita dapat belajar sesuatu dari semua orang yang kita temui, dan semakin kita tertekan dan tercabar, semakin banyak kita dapat memperolehnya.

Sentiasalah bersikap terbuka dan lihat apa yang anda boleh serap.

Anda mungkin atau mungkin tidak memperoleh kebijaksanaan yang hebat, tetapi anda pasti akan mempelajari sesuatu.

Apabila anda tidak dapat mengawal apa yang berlaku, cabar diri anda untuk mengawal cara bagaimana dia bertindak balas; di situlah kekuatan anda.

Ingatlah bahawa di sebalik setiap tingkah laku buruk adalah seseorang yang mempunyai motivasi khusus untuk apa yang mereka lakukan dan kisah yang membawa kepada siapa mereka.

Apabila anda dapat memahami “mengapa” di sebalik kepemimpinan yang buruk, ia tentu dapat mengurangkan rasa kecewa anda.

Benarkan kenyataan bahawa mungkin ada sebab yang sangat manusiawi mengapa kepemimpinan yang tidak berfungsi dapat menimbulkan rasa empati anda.

Walaupun anda mungkin mengimpikan pekerjaan yang lain berikutnya setiap hari, dan untuk keluar dari kepompong ini adalah sangat bergantung pada hasil yang dapat anda tunjukkan dari pekerjaan yang anda miliki sekarang.

Walaupun pemimpin anda membuat anda sengsara, mensabotaj anda, atau pengurus tadbir anda membuat anda kecewa, anda harus tetap melakukan yang terbaik dalam apa juga keadaan anda.

Belajarlah untuk mendorong diri sendiri; berusaha dan lakukan bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik. Adakah ia mudah? Tidak. Adakah ia berbaloi? Ya, pasti.

Jadilah seperti seorang ‘diplomat’, kerana budi bicara memaparkan dan menjaga integriti setiap orang. Tindakan dan tingkah laku yang bijaksana adalah utama.

Sekiranya anda bekerja dengan pemimpin yang tidak dipercayai, ada saat-saat yang sukar dan mengecewakan.

Tetapi ingat, cabaran yang anda hadapi hari ini boleh menjadi pelajaran terpenting dalam hidup anda.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here