Kajian: 70 peratus rakyat Malaysia setuju ke arah masyarakat tanpa tunai

0
490
FOTO: Wikimedia Commons/HLundgaard / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)

KUALA LUMPUR — Lebih tujuh daripada sepuluh rakyat Malaysia menyokong hasrat negara untuk menjadi masyarakat tanpa tunai dan 62 peratus percaya matlamat ini boleh dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut pengguna, tiga manfaat utama yang ditawarkan oleh masyarakat tanpa tunai termasuk menjejak rekod kewangan dengan mudah, mengelakkan kerenah beratur di bank dan menjadikan negara lebih cekap.

Penemuan terbaharu Kajian Pembayaran Pengguna Visa mendapati bahawa 69 peratus daripada responden Malaysia bercadang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai lebih kerap, dan beralih daripada penggunaan tunai.

Trend ini lebih jelas di kalangan golongan mewah, dengan 77 peratus menyatakan minat mereka untuk berbuat demikian. Sebab utama bagi peningkatan penggunaan pembayaran digital ialah kemudahan dan tahap penerimaan pembayaran digital di negara ini, demikian menurut satu kenyataannya di sini.

“Kami gembira untuk melihat peningkatan penggunaan kaedah pembayaran digital oleh rakyat Malaysia di negara ini, terutamanya pembayaran tanpa sentuh. Ini sejajar dengan data kami, yang menunjukkan hampir separuh daripada pembayaran bersemuka Visa adalah bayaran tanpa sentuh.

Di samping itu, Malaysia adalah salah satu daripada negara yang paling pantas berkembang di Asia Pasifik dari segi tahap penembusan pembayaran tanpa sentuh dan kami yakin pertumbuhan ini akan diteruskan sambil kami menceburi segmen kategori peniaga baharu,” kata Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia.

Di samping itu, hampir dua daripada lima responden menyatakan mereka membawa jumlah wang tunai lebih kecil berbanding dua tahun lepas. Sebanyak 69 peratus daripada responden berkata, semakin ramai peniaga yang menerima pakai kaedah pembayaran tanpa tunai, dan 65 peratus berkata mereka berbuat demikian kerana bimbang untuk membawa wang tunai.

Berasaskan kajian, 65 peratus responden Malaysia telah menggunakan pembayaran tanpa sentuh, dan 85 peratus daripada mereka membuat bayaran tanpa sentuh sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Sebanyak 82 peratus daripada responden juga menggunakan pembayaran tanpa sentuh lebih kerap berbanding dua tahun lepas.

“Walaupun terdapat pertumbuhan penggunaan pembayaran digital oleh rakyat Malaysia, masih wujudnya banyak peluang untuk Malaysia penggantiankan wang tunai.

“Kami melihat pelbagai penyelesaian pembayaran diperkenalkan di Malaysia yang meningkatkan penggunaan pembayaran digital. Bagaimanapun, hakikat ini mungkin menyebabkan industri pembayaran lebih berpecah,” tambah Kong Boon.

–BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here