[PALSU] Polis nafi video kejadian anggota MPS diserang di Pasar Borong Selayang

0
2230

KUALA LUMPUR — Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang di sini, seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe berkata pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan.

“Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang, manakala kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia,” katanya ringkas.

Semalam tular di media sosial, satu rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan sekumpulan individu dipercayai cuba membelasah pasukan pihak berkuasa yang dikatakan anggota MPS.

-Bernama

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here