Proton umum SOP baharu pusat servis bagi keselamatan pelanggan

0
955
FOTO: Proton.

KUALA LUMPUR — Proton Holdings Bhd kini melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu di pusat-pusat servis bagi membendung penularan COVID-19 selepas menjangkakan menerima kehadiran ramai pelanggan.

Dalam kenyataan semalam, pengeluar kereta nasional itu berkata langkah-langkah tersebut diambil demi menjaga keselamatan pelanggan selain menjadi aspek kritikal selepas tidak beroperasi selama hampir dua bulan.

Antara langkah baharu dilaksanakan di pusat servis itu adalah pelanggan perlu membuat janji temu terlebih dahulu dan syarikat tidak akan menerima pelanggan yang tidak berbuat demikian.

Pendekatan lain adalah meletakkan tanda jarak sosial di setiap kaunter pendaftaran, meja penasihat servis, kaunter pembayaran selain ruang menunggu.

Pelanggan juga diminta menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis dan perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan.

“Cecair pembersih tangan akan disediakan di kaunter pendaftaran selain poster keselamatan diletakkan di semua pusat servis. Malah, setiap kereta akan disanitasi selepas servis dan sebelum diserahkan semula kepada pemilik,” kata Proton.

Pengurus Besar Selepas Jualan syarikat itu, Tan Kang Leng berkata Proton juga mengehadkan jumlah janji temu yang diterima setiap hari.

“Bagi mengawal jumlah kakitangan dan pelanggan berada di dalam satu tempat pada waktu yang sama, kami telah mengatur strategi untuk mempercepat setiap proses dari (peringkat) pendaftaran sehinggalah penyerahan kereta kepada pelanggan,” katanya.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here