Penjual pisang goreng jual Bintang Raya

0
554

GEORGE TOWN — Penjual pisang goreng, Khairul Anuar Othman,51, (kanan) memastikan bintang raya yang dihasilkan menepati kehendak pelanggan semasa menghasilkan bintang-bintang raya di kediamannya di Air itam di sini.

Beliau dibantu oleh menantunya, Muhammad Syakir Aiman, 23. Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Khairul tetap terus dengan aktiviti tahunannya dengan menghasilkan tanglung bintang pelbagai saiz dan warna yang ditempah oleh pelanggan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka sambut pada 24 Mei ini.

Tambahnya, beliau mampu menghasilkan 50 buah tanglung lima hingga tujuh bucu dalam tempoh tiga hari.

Katanya, pada tahun lepas tempahannya boleh mencecah sehingga 1,000 buah tanglung tetapi tahun ini hanya sekadar hampir 500 buah sahaja berikutan PKP.

Bintang-bintang raya yang dihasilkan dijual diantara RM55 hingga RM350 mengikut saiz, bucu dan warnanya.

–BERNAMA 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here