Kita hamba bukan pekerja Allah

0
344
QS. Adz Dzaariyaat [51] ayat 56 Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Oleh MAULANA ARRIF

(Bahagian Pertama)

 

ADA satu firman Allah mengenai tujuan jin dan manusia dijadikan.

Adh-Dhāriyāt:56 – Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Dalam ayat ini, makhluk jin disebut lebih dahulu daripada manusia kerana penciptaan mereka adalah lebih awal daripada manusia.

Allah jadikan kita dan jin untuk menyembah dan beribadat kepadaNya.

Perkataan ibadat dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan Arab ‘ibad yang bermaksud hamba atau ‘abdi.

Dalam ayat 56 Adh-Dhāriyāt itu, perkataan Arab yang digunakan bermaksud menyembah dan beribadat kepada Allah ialah ‘ubudun. Juga berasal daripada ‘ibad.

Ada penterjemah al-Quran yang menggunakan istilah “menghambakan diri” sebagai maksud ‘ubudun.

Kesimpulannya, di sisi Allah kita manusia hendaklah menjadi hambaNya. Banyak ayat Quran yang menegaskan hal yang sama. Salah satu ialah:

Al-Baqarah: 207 – Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.

Ayat ini menjelaskan ada manusia yang menjadikan matlamat kehidupan mereka hanyalah untuk mencari keredaan Allah.

Mereka ini Allah gelar “hamba-hambaNya” yang amat layak mendapat belas-kasihannya.

Belas-kasihan meliputi keampunan, perlindungan dan pengurniaan rahmatnya.

Kesimpulannya, ingatlah bahawa kita adalah hamba Allah. Maka jadilah hamba dalam erti kata sebenar.

BAHAGIAN AKHIR ESOK: Definisi dan ciri-ciri hamba Allah.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here