Kita terpelajar tapi tidak bijaksana

Itulah sebabnya kitai masih sering berkonflik di antara kaum, agama dan politik. Kita tidak memiliki kebijaksanaan untuk melihat isu dan permasalahan dengan cara yang berbeza.

0
1114
FOTO: Wikimedia Commons/© Jorge Royan / http://www.royan.com.ar

TANPA membaca bahan yang baik dan sempurna dan berfikir secara bebas dan bijak, kita hanya dianggap memuat turun maklumat dan bukannya belajar.

Terkini terdapat kira-kira 450,000 guru dan 5 juta pelajar di bawah Kementerian Pendidikan dengan lebih daripada 100 institusi pengajian tinggi di Malaysia mempunyai kira-kira 3,000 profesor dan 30,000 ahli akademik.

Berdasarkan statistik tersebut, tentunya ajaran tidak formal yang berlangsung di rumah dan institusi persekolahan hanya merupakan timbunan pengetahuan yang diajar dan dihasilkan.

Yang penting untuk kita hayati adalah sama ada kemampuan menterjemah pengetahuan yang diberikan di pusat-pusat pembelajaran ini dan dalam kepemimpinan negara.

Ada yang menulis dan mengatakan bahawa tidak ada hikmah dalam pembelajaran sama sekali oleh mereka yang bertanggungjawab untuk pendidikan di peringkat profesional, intelektual dan keagamaan.

Sungguh pun banyak aktiviti, makalah, persidangan dan forum akademik dijalankan, namun sangat sedikit kebijaksanaan yang dihasilkan. Adakah ini benar?

Dalam keghairahan usaha untuk mengajar, menulis makalah dan memberi kuliah, kita lupa bahawa pengetahuan ada untuk kemajuan seluruh umat manusia.

Pengetahuan sekarang dilihat sebagai alat keuntungan ekonomi atau lebih buruk lagi, alat untuk penguasaan politik.

Ramai rakyat Malaysia kini menghadiri dan melalui institusi pendidikan dan persekolahan , tetapi ramai juga yang tidak faham akan kebijaksanaan atau pembelajaran sebenar.

Cuba anda tanya kepada pelajar atau anak-anak anda yang tinggi Purata Nilai Gred Kumulatifnya, berapa buah bukukah mereka telah membaca bagi sepanjang tahun mereka melanjutkan pelajaran?

Jika mereka diajak berbincang tentang pembangunan sebagai contoh adakah mereka mampu menyumbang pandangan dan pendapat bermakna dan mampu memberi penyelesaian bagi mengurangkan sempitan jurang antara kaum kita.

Kebanyakan pelajar didapati tidak membaca atau berfikir secara bebas untuk menghasilkan idea, pendapat atau perspektif mereka sendiri.

Bagaimana kita mengharapkan kebijaksanaan atau pembelajaran yang sebenar tanpa membaca?

Malangnya, sebilangan pensyarah berpendapat pembelajaran pelajar adalah hanya membentang persembahan PowerPoint dan itu merupakan kaedah meniru atau menyalin semula pengetahuan.

Malah ada pelajar PhD pada masa ini yang tidak membaca satu buku untuk disertasi mereka. Mereka membaca jurnal dan menganggap itulah yang diperlukan.

Sebilangan besar penyelia PhD juga tidak membaca buku, dan pelajar pascasiswazah sering tidak mengaitkan perkataan “falsafah” walaupun ijazah tersebut adalah untuk Doktor Falsafah atau Sarjana Falsafah.

Membaca buku berbeza dengan membaca jurnal. Jurnal mengemukakan fakta dan pernyataan pendek. Sebuah buku mengemukakan pendapat, sikap dan pengalaman melalui dialog dalam minda pembaca melalui semangat penghayatan pengarang.

Otak dan pemikiran akan mati ketika kita tidak lagi berfikir kerana pemikiran sudah terbentuk melalui gambaran yang diprojeksikan atau ditampakkan.
Pembelajaran secara besar-besaran tanpa membaca dan mengeluarkan pendapat bebas adalah pendidikan tanpa arah.

Kita adalah hamba kepada pendidikan kita sendiri kerana kita tidak lagi dapat berfikir secara bebas untuk menghasilkan idea untuk menyelesaikan masalah kita.

Itulah sebabnya kitai masih sering berkonflik di antara kaum, agama dan politik.
Kita tidak memiliki kebijaksanaan untuk melihat isu dan permasalahan dengan cara yang berbeza.

Kita seolah-olah hanya sesuai dengan satu saluran video yang hanya menyiarkan satu lagu dan hanya satu makna yang tidak pernah menjadi milik kita. Ini nampaknya adalah “pendidikan” di negara kita.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here