Penggambaran dibenarkan, had 20 orang termasuk artis

0
386

PUTRAJAYA — Kerajaan bersetuju untuk membenarkan penggambaran drama, filem dan iklan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Namun kegiatan dihadkan kepada maksimum 20 orang terlibat, iaitu kru dan artis, dalam setiap sesi penggambaran.

“Kebenaran penggambaran ini akan bermula selepas perayaan Aidilfitri dan perlu mematuhi tatacara operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Bagaimanapun, penggambaran atau rakaman “centre stage” dan persembahan secara langsung melibatkan penonton yang ramai masih tidak dibenarkan.

SOP lain yang perlu dipatuhi syarikat produksi:

  • Melakukan mesyuarat dan uji bakat secara dalam talian.
  • Mengemukakan rekod perjalanan semua tenaga produksi dan artis bagi tempoh 4 minggu sebelum penggambaran.
  • Melantik seorang penyelia keselamatan bagi memastikan pematuhan SOP di semua peringkat produksi.
  • Perkhidmatan buffet bagi petugas dan artis tidak dibenarkan. Makanan perlu dihidangkan secara pek individu.
  • Jurusolek dan penata rias perlu menggunakan face shield, dan cuci tangan sebelum dan selepas menyolek dan menata rias setiap artis.

https://bit.ly/2LIvTeH

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here