Tajul kempunan makan sambal taucu?

0
441

Oleh NAFSIAH JANI

KEMERIAHAN Hari Raya tahun ini cukup bermakna kepada penyanyi,Tajul Ariff Noor Shari,22, kerana bakal menyambutnya bersama anak sulungnya, Adriana Carissa, 6 bulan setengah.

“Patutnya ini tahun pertama anak saya beraya bersama neneknya di Seremban, Negeri Sembilan. Tapi apakan daya kita semua dah kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi tak bolehlah Tajul nak sambut raya bersama keluarga di kampong kerana sekarang ini dilarang merentasi negeri.

“Raya tahun ini kami beraya di Kuala Lumpur sajalah di rumah mak mentua. Persiapan raya pun tak banyak yang Tajul buat, hanya beli sehelai baju raya saja untuk kami semua bertemakan warna putih.

“Yang pasti Tajul sedih raya ni sebab tak dapat makan sambal taucu yang merupakan makanan kegemaran Tajul dipagi raya yang dimasak ibu. Sambal ibu ni lain dari yang lain dan lain-lain menu sudah pasti ketupat dan rendang tok,’’ kata Tajul suami kepada Nurul Shamieza Eddie,24.

Sepanjang PKP ini Tajul yang popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu lebih senang menjaga dan bermain dengan anak keciknya.

“Bestnya juga kena PKP ni dapatlah Tajul luangkan lebih masa bersama keluarga. Kalau tidak dulu Tajul memang sibuk dengan penggambaran dan show di merata tempat. PKP ini rasanya dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang Tajul dan isteri.

TAJUL Ariff bergambar dengan isteri dan anaknya.

“Sejak dapat anak ini, kini Tajul jadi lebih matang dan pengalaman baru ini cukup menggembirakan Tajul dan setiap malam anak menangis Tajul akan bergegas membuatkan susu. Tajul suka anak kami panggil Tajul dengan gelaran daddy dan isteri Tajul dengan panggilan Mummy. Tapi harapnya cepatlah berakhir PKP ini sebab banyak kerja-kerja seni Tajul yang tergendala sekarang ini.’’

Kini Tajul menetap bersama keluarganya di Bukit Mahkota, Cheras Sg Long.

Sepatutnya awal puasa lalu, Tajul bersama beberapa artis naungan syarikat rakaman FMC sudah menyiapkan rakaman lagu Hari Raya. Nampaknya PKP menyebabkan semuanya tergendala.

“Hari Raya tahun ini tak adalah lagu raya daripada kami. Takpelah mungkin ada hikmahnya. Mungkin lagu itu boleh dinyanyikan untuk raya tahun hadapan pula,’’ ujar Tajul yang sibuk dengan lagu barunya, KuSayang Kau Rindu.

Mungkin ramai peminat Tajul yang tidak tahu, Tajul sebenarnya tidak suka makan sayur, tidak makan daging dan dia juga kuat tidur orangnya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here