Covid-19: Rolls-Royce bakal berhentikan 9,000 pekerja

0
632

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SYARIKAT Rolls-Royce akan memberhentikan 9,000 pekerja dan memberi amaran bahawa industri penerbangan akan mengambil masa selama tujuh tahun untuk pulih daripada impak Covid-19.

Syarikat berpangkalan di Derby, United Kingdom yang mengeluarkan enjin kapal terbang itu berkata satu perlima daripada tenaga kerja dalam divisyen aeroangkasa akan terkesan, lapor bbc.com.

“Krisis ini bukan sengaja diadakan, tetapi ia merupakan krisis yang tidak dapat dielakkan dan kami terpaksa berdepan dengannya,” kata Ketua Eksekutif Warren East.

Kebanyakan yang bakal terkesan dengan tindakan itu merupakan pekerja di kilang Rolls-Royce di Derby.

Rolls-Royce mempunyai 52,000 pekerja di serata dunia dan East memberitahu BBC Today bahawa syarikat itu belum memuktamadkan di lokasi mana pemberhentian akan berlaku kerana isu berkenaan perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak kesatuan sekerja.

Bagaimana pun beliau yakin ia akan membabitkan sebahagian besar pekerja dalam divisyen aeroangkasa sivil.

Pihak kesatuan pekerja menyifatkan tindakan tersebut sebagai oportunisme yang memalukan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here