Rebutlah tawaran paling istimewa daripada Allah

0
243

Oleh MAULANA ARRIF

SURAH Al-‘Aĥzāb:35 – Sesungguhnya orang lelaki yang Islam serta orang perempuan yang Islam, dan orang lelaki yang beriman serta orang perempuan yang beriman, dan orang lelaki yang taat serta orang perempuan yang taat, dan orang lelaki yang benar serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki yang sabar serta orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang lelaki yang bersedekah serta orang perempuan yang bersedekah, dan orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

ADAKAH KITA:

  1. Beragama Islam dan sudah menunaikan lima Rukun Islam?
  2. Beriman dan memenuhi ciri keimanan iaitu:

Al-‘Anfāl:2 – Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah diri (tawakal).

  1. Taat kepada Allah dan Rasulullah (takwa) dengan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan.
  2. Bercakap benar tidak pembohong, melaksanakan apa yang dijanjikan dan berpegang kepada kebenaran yang digariskan dalam Quran.
  3. Bersikap sabar, tidak lekas marah dan cepat melenting, tidak terburu-buru dalam tindakan.
  4. Merendah diri sesama manusia dan tawaduk kepada Allah (malu dan takut kepadaNya kerana diri kita milikNya dan segala yang kita miliki adalah pinjaman dariNya).
    7. Suka bersedekah.

Al-Munāfiqūn:10 – Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh “.

  1. Berpuasa wajib bulan Ramadan dan sekurang-kurangnya puasa sunat 6 hari di bulan Syawal yang melayakkan kita diberikan bonus seolah-olah puasa setahun.
  2. Memelihara diri daripada melakukan zina dan mempunyai akhlak yang baik.
  3. Sentiasa mengingati Allah. Khusyuk dalam solat kerana dalam ibadat ini kita banyak menyebut namaNya. Jika gembira atau bersyukur sekurang-kurangnya mengucapkan Alhamdulillah atau melakukan sunat solat syukur. Jika ditimpa kesusahan terus mengadu kepadaNya dengan doa. Selalu bertasbih memujiNya terutama selepas solat wajib. Sekali-sekala lakukan solat sunat tasbih
    Jika tersilap atau terlanjur melakukan kesalahan, cepat melakukan solat sunat taubat dan berdo’a memohon keampunan dengan mengucapkan doa Nabi Yunus.

“Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”

Al-‘Anbyā’:87 – Dan Zun-Nun (Nabi Yunus), ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita (dalam perut ikan besar) dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau ! Maha Suci Engkau ! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menganiaya diri sendiri.”

Jika kesilapan tidak besar memadai bertafakur sejenak dan beristighfar Astaghfirullah.

JIKA KITA MEMENUHI SEGALA KRITERIA INI MAKA ALLAH BERJANJI BAHAWA GANJARANNYA ADALAH KEAMPUNAN DAN KEBAIKAN YANG BESAR DARIPADANYA (PASTINYA SYURGA YANG KEKAL DAN DI SANA DISEDIAKAN SEGALA NIKMAT YANG TIDAK TERFIKIR OLEH KITA SEMASA HIDUP DI DUNIA INI).

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here