Covid-19: Dunia menyaksikan kenaikan tertinggi jumlah kes jangkitan – WHO

0
444
FOTO: BBC.

Oleh FETTY RARA

KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa wabak Covid-19 masih jauh daripada garis penamatnya setelah dunia menyaksikan kenaikan kes jangkitan tertinggi dalam sehari.

Beliau berkata dalam 24 jam yang lalu sebanyak 106,000 kes baharu dilaporkan.

Amaran tersebut dikeluarkan ketika jumlah kes telah mencecah lima juta, lapor bbc.com.

Unjuran suram itu nampaknya bakal mula menjadi kenyataan kurang daripada dua minggu dari sekarang setelah kadar jangkitan mencecah paras empat juta.

Menurut pakar angka sebenar jangkitan mungkin lebih tinggi kerana kadar ujian yang rendah di beberapa negara mengakibatkan data sebenar tidak berapa realistik.

Di seluruh dunia lebih 326,000 orang telah meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan Covid-19, menurut John Hopkins University.

Dalam pada itu Amerika Syarikat masih berada di tangga teratas dengan lebih daripada 1.5 juta kes dan 92,000 kematian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here