KKM kesan kluster baharu Covid-19 di depot tahanan Bukit Jalil

0
470

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan berkata terdapat 1 kluster baharu yang dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga hari ini, seramai 645 orang disampel secara keseluruhan dan 35 daripadanya disahkan positif Covid-19.

“400 kes negatif Covid-19 dan 210 orang masih menunggu keputusan.

“Semua 35 kes positif tersebut melibatkan bukan warganegara Malaysia, iaitu 17 warga Myanmar, 15 warga India, 1 Sri Lanka, 1 Bangladesh dan 1 Mesir,” katanya pada sidang media hariannya.

Noor Hisham berkata pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan telah pun dijalankan termasuk aktiviti nyah kuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial.

Katanya, punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

“KKM telah menyediakan perkhidmatan kesihatan ke semua pusat depot tahanan secara berjadual.

“Perkhidmatan ini diberikan oleh pasukan kesihatan dari klinik kesihatan yang terdekat,” katanya.

https://bit.ly/2TslAjd

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here