MBSA: Ziarah kubur tidak dibenarkan

0
596
Pihak MBSA meletakkan kain rentang di pintu pagar utama bagi memberitahu orang ramai tiada aktiviti ziarah kubur bermula 22 Mei di Seksyen 21 di sini.

Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM — Aktiviti ziarah ke kawasan perkuburan Islam di Seksyen 21 di sini tidak dibenarkan buat sementara waktu bagi memastikan langkah mengekang wabak Covid-19 dapat dilaksana dengan jayanya.

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, larangan tersebut bermula 22 Mei hingga ke satu tarikh yang diberitahu kelak.

“Sudah menjadi rutin umat Islam melakukan aktiviti ziarah di pagi Hari Raya Aidil Fitri ke pusara ibubapa atau kaum keluarga masing-masing.

“Ini adalah normal baharu yahg kita perlu adaptasi bagi mengekang pandemik Covid-19 dari terus merebak di bandaraya ini,”katanya di sini.

Shahrin berkata ia selaras dengan arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua hari lepas yang melarang sebarang aktiviti menziarahi Makam Diraja atau tanah perkuburan Islam pada perayaan Aidilfitri tahun ini.

Shahrin berkata,ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 sejajar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kita faham ziarah tanah perkuburan adalah sebahagian agenda umat Islam bila raya tiba. Namun tahun ini kita tidak boleh berbuat demikian, bersabarlah,”katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang arahan tersebut, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 MBSA di talian terus 0355222702, 0355222800, 0355222820 dan 0355222821 atau talian am 0355105133 sambungan 1515.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here