Lebih ramai MP PN pegang jawatan GLC

0
390

TIGA LAGI ahli Parlimen Perikatan Nasional telah dilantik memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sejak beberapa hari lalu.

Shahbudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang menguruskan program perladangan dan pengurusan ladang.

Pengerusi sebelumnya ialah tokoh korporat Mohamad Nageeb Ahmad Abdul Wahab.

Ahmad Johnie Zawawi (PBB-Igan) pula dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif Indah Water Consortium (IWK) minggu lalu.

Syarikat ini juga dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan ditugaskan untuk mengurus air buangan.

Johnie menggantikan tokoh korporat Amiruddin Abdul Aziz.

Anyi Ngau (PDP-Baram) dilantik sebagai pengerusi Lembaga Koko Malaysia (MCB), sebuah agensi persekutuan yang diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Anyi menggantikan ahli politik Jonathan Yasin, yang kini menjadi timbalan menteri dalam negeri kedua.

Jonathan ialah MP Ranau yang juga anggota PKR sehingga akhir Februari lalu apabila berpaling tadah dan bergabung dengan Bersatu membentuk kerajaan PN

Pelantikan mutakhir ini menunjukkan 82.3 peratus daripada 113 anggota parlimen PN telah dilantik memegang jawatan dalam kabinet, timbalan menteri, GLC atau dilantik sebagai diplomat khas.

Sementara itu, di kalangan baki 20 “anggota parlimen biasa” yang tidak memegang apa-apa jawatan, terdapat 13 MP dari Umno.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga Adun PN telah dilantik memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain.

Azman Ibrahim (PAS-Jabi) dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara menggantikan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang juga pemimpin Amanah.

Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dilantik sebagai ketua Majlis Minyak Sawit Malaysia.

Bekas menteri besar Johor itu menggantikan tokoh korporat terkemuka Mohd Bakke Salleh.

Md Alwi Che Ahmad (Umno-Kok Lanas) pula dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Mara.

Sebilangan pelantikan baru pula tidak “tidak melibatkan wakil rakyat.”

Ahli jawatankuasa pusat PAS dan Timbalan Ketua PAS Sarawak Muhtar Suhaili telah dilantik sebagai ketua Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) menggantikan Franki Anthony Dass.

Ketua penerangan PAS Kamaruzaman Muhammad pula telah dilantik menerajui Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) menggantikan K Yogeesvaran.

https://bit.ly/3gc80KD

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here