Australia kata warganya ‘bersih’, minta mereka dibenarkan masuk UK

0
225

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

AUSTRALIA meminta United Kingdom supaya membenarkan rakyatnya dikecualikan daripada sebarang dasar untuk mewajibkan kuarantin ke atas semua yang memasuki negara itu.

Alasannya ialah kerana Australia mendakwa telah berjaya mengekang penularan Covid-19, lapor bbc.com.

Setakat ini negara itu mencatatkan hanya 600 kes aktif dan jumlah kecil kes harian secara purata.

Menteri Perdagangan Australia Simon Birmingham berkata Australia mendahului negara-negara lain di dunia dalam kejayaan mengekang wabak Covid-19 dan ini bermakna pengembara dari negara itu tidak akan membawa risiko ke dunia luar.

Australia merupakan antara negara pertama menutup semua pintu sempadan pada Februari dan seterusnya mengurangkan kadar jangkitan setelah menguatkuasakan perintah kuarantin 14 hari ke atas sesiapa yang memasuki negara itu pada Mac.

Bagi memastikan pematuhan, pihak berkuasa Australia membawa semua pengembara terus dari lapangan terbang ke hotel yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan untuk dikuarantin.

Negara tersebut kini sedang membuka semula sekolah, restoran dan kedai secara berperingkat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here