Thailand Keluar Larangan Kahwin Kanak-Kanak

0
227

BANGKOK – Buat pertama kalinya Majlis Agama Islam Thailand mengeluarkan larangan ke atas kahwin kanak-kanak bagi seluruh negara itu.

Tindakan tersebut susulan kemarahan berikutan berlakunya perkahwinan pada awal tahun ini membabitkan seorang anak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki yang empat kali lebih tua darinya.

Berikutan peristiwa itu, Majlis Pusat Agama Islam Thailand (CICOT) telah mengharamkan sebarang perkahwinan membabitkan kanak-kanak di bawah berumur 17 tahun.

Ini dimaklumkan oleh pengarah pusat koordinasi Pejabat Sheikhul Islam, Wisut BinLateh kepada portal berita serantau Benar News.

Beliau juga berkata Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon yang turut mengerusikan CICOT telah memberikan kelulusan kepada peraturan baharu itu pada November.

Peraturan itu akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan akan menguar-uarkannya melalui beberapa siri seminar.

Bawah peraturan tersebut masjid-masjid tempatan tidak lagi boleh membenarkan pernikahan membabitkan sesiapa berumur kurang daripada 17 tahun, kecuali jika telah mendapatkan kebenaran daripada mahkamah Islam atau tandatangan ibu bapa membenarkannya di pejabat jawatankuasa Islam wilayah atau balai polis.

Peraturan baharu ini menghentikan amalan meluas di selatan Thailand, di mana kanak-kanak perempuan dikahwinkan  oleh ibu bapa dari keluarga miskin hanya dengan mendapatkan kelulusan daripada pihak masjid tempatan apabila anak perempuan berkenaan sudah mula datang haid.

-BEBASNEWS
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here