Hapuskan tradisi lantik orang politik sebagai TYT Melaka – Ibrahim Ali

    0
    319

    PARTI PUTRA mencadangkan supaya jawatan Yang di-Pertua Melaka diisi oleh tokoh perundangan, keselamatan negara ataupun ilmuan berbanding melantik pemimpin poitlik.

    Presidennya, Ibrahim Ali, berkata kerajaan perlu menghapuskan tradisi melantik orang politik daripada menduduki jawatan itu seperti sebelum ini.

    “Parti Putra berpendapat amat wajar jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka atau mana- mana negeri yang tidak beraja, diisi oleh bekas tokoh-tokoh perundangan, penjawat tinggi awam, tokoh kepolisian atau tokoh ketenteraan yang sudah bersara atau tokoh-tokoh ilmuan yang dihormati.

    “Amat wajar jika dielak bekas-bekas tokoh politik kerana bekas tokoh-tokoh politik sebenarnya tidak sesuai mengisi jawatan Yang di-Pertua negeri atau Gabenor.

    “Sepatutnya mana-mana tokoh perundangan sapert mantan ketua hakim negara, contohnya, Tun Ahmad Fairuz atau bekas ketua setiausaha negara saperti Tun Ahmad Sarji, bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar dan ramai tokoh-tokoh yang bukan politik boleh dipertimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Yang di-Pertua Negeri Melaka Dr Mohd Khalil Yaakob akan tamat tempoh memegang jawatan itu pada 4 Jun 2020.

    Ada beberapa nama disebut bakal menjadi Yang di-Pertua Melaka yang baru bagi menggantikan Mohd Khalil.

    ZAHID Mat Arip

    Semalam, sebuah portal berita memetik nama bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir Mohamad iaitu Zahid Mat Arip sebagai calon Yang di-Pertua Melaka.

    Bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini, beliau enggan mengulas lanjut laporan itu.

    Tambah Ibrahim lagi, jawatan itu boleh dijadikan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara.

    “Tradisi melantik tokoh politik dari seorang bekas menteri besar atau menteri seolah- olah ia menjadi hak pusaka orang politik.

    “Pengiktirafan juga harus di beri kepada tokoh-tokoh yang berjasa dan dihormati bukan kalangan tokoh politik,” katanya lagi.

    Jelasnya, Yang di-Pertua Negeri juga menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja dan duduk sebaris dengan raja-raja Melayu yang bebas politik.

    Oleh itu sewajarnya jawatan berkenaan tidak lagi disandang oleh mana-mana tokoh politik.

    https://bit.ly/3bQVfSb

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here