Langgan Netflix tapi tak pernah menonton? Netflix mahu anda batal langganan

0
587
FOTO: Wikimedia Commons.

Oleh FETTY RARA

IKHLAS — ‘Adat’ di mana syarikat pembekal perkhidmatan harap pelanggan yang tidak langsung menggunakan perkhidmatan berkenaan lupa bahawa mereka masih membayar akan dihentikan oleh Netflix Inc.

Dalam satu kenyataan semalam (21 Mei), Netflix berkata syarikat tersebut akan memeriksa senarai pelanggan yang tidak aktif tetapi masih melanggan dan seterusnya membatalkan akaun mereka jika mereka tidak memberikan respons.

Syarikat itu meminta sesiapa yang tidak menonton apa-apa melalui Netflix selama setahun atau lebih sejak mula melanggan supaya mengesahkan sama ada mereka ingin terus mengekalkan akaun mereka.

Menurut pengarah inovasi produk Netflix, Eddy Wu syarikat tersebut juga akan melakukan yang sama terhadap sesiapa yang telah berhenti menonton selama dua tahun. Mereka akan menerima e-mel atau notifikasi melalui app perkhidmatan tersebut minggu ini.

Bagi Netflix kehilangan kategori pelanggan tidak aktif tidak akan merugikan syarikat itu memandangkan mereka hanya merupakan kurang daripada 1% daripada keseluruhan langganan.

Apa yang dilakukan oleh Netflix dilihat sebagai keikhlasan dan ketelusan bisnes yang dengan sengaja mendiamkan diri walaupun mendapati pelanggan langsung tidak menggunakan perkhidmatan mereka, asalkn mereka membayar.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here