Covid-19: Muhyiddin disah negatif tapi jalani kuarantin

    0
    449

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati negatif setelah salah seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya disahkan positif.

    Perdana Menteri kini menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

    Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata: “Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 21 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

    “Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

    “Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini,” kata kenyataan itu lagi.

    Sebagai makluman, kata kenyataan itu, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri
    mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

    KENYATAAN MEDIA-PMO-22052020
    BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here