Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Ahad ini

    0
    454
    fotoBERNAMA

    KUALA LUMPUR — Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

    “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,” katanya.

    Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

    — BERNAMA
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here