Petrol naik 7 sen, diesel naik 6 sen

0
321
FOTO: Aziz A. Shariff

KEMENTERIAN Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik 7 sen mulai tengah malam ini.

Harga RON95 meningkat daripada RM1.31 kepada RM1.38 seliter dan RON97 daripada RM1.61 kepada RM1.68 seliter.

Diesel pula naik 6 sen kepada RM1.51 seliter berbanding RM1.45.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 29 Mei ini.

Kementerian Kewangan berkata, kenaikan itu disebabkan peningkatan harga minyak diproses yang selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan petang ini.

https://bit.ly/2ATkDKr

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here