Lelong anjing untuk lunas hutang pemiliknya

0
300

TIDAK LUCU – Tindakan melelong anjing yang disita di bawah perintah mahkamah di Ukraine untuk melunaskan hutang pemiliknya mengundang kemarahan ramai.

Ahli Parlimen pembangkang negara itu mengkritik tindakan berkenaan yang dilakukan secara dalam talian.

Pada mulanya, orang ramai beranggapan lelongan secara dalam talian melalui laman sesawang milik kerajaan untuk melelong barangan sita sebagai satu perkara yang melucukan tetapi ternyata sebaliknya, demikian menurut laporan BBC.

Ahli Parlimen Pembangkang, Mykhailo Volynets berkongsi dua gambar anjing yang bakal dilelong termasuk seekor anjing jenis shepherd yang berharga AS$48 atau sekitar RM192 manakala lainnya lebih rendah harganya.

Tindakan melelong anjing itu mengundang kemarahan ramai dan seorang ahli pembangkang, Oleksiy Honcharenko, berkata, anjing itu tidak boleh ditangkap kerana binatang itu tidak bersalah.

“Kami terpaksa menyita binatang peliharaan dari pemiliknya,” kata Menteri Kehakiman Denis Malyuska,
Malyuska berkata, tindakan itu juga bertujuan menjaga kebajikan anjing yang biasa diabaikan oleh bekas pemiliknya yang muflis.

Warga Ukraine kini berdepan dengan kehidupan harian yang sukar apabila kosnya meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here