Sudip Pusing Dunia disambung lagi?

0
721
JAA Suzuran sempat memasak lauk raya bersama wakil dari Junta Islamica di Cordoba/Foto diambil sekitar September-November 2019, sebelum wabak Covid-19.

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

WALAUPUN Sudip Pusing Dunia musim pertama belum melabuhkan tirainya tetapi khabarnya program masakan ini yang bersiaran di RTM TV2 sepanjang Ramadan akan muncul pada tahun hadapan.

Musim pertama program setengah jam ini selain menghidangkan masakan dan resipi istimewa ia juga bagaikan sebuah program travelog yang turut merakamkan keindahan tempat-tempat menarik di United Kingdom (UK) dan Sepanyol.

Mungkin disebabkan kelainan rancangan terbitan R2A Network Sdn. Bhd., yang menggantikan Ketuk-Ketuk Ramadan yang telah bersiaran selama 15 tahun, dengan memaparkan resipi menarik dari negara berkenaan adalah antara sebab ianya akan bersiaran di musim kedua.

AZLISHAM ABDULLAH

Pengurus Besar R2A Network, Azlisham Abdullah ketika dihubungi memberitahu pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan RTM untuk musim baru program berkenaan.

Menurut beliau sepanjang Sudip
Pusing Dunia bersiaran maklumbalas yang diterima amat positif.

“Ramai yang suka rancangan ini kerana resipi dan lokasi yang menarik dan ia telah mencapai rating yang tinggi dan ini membuatkan RTM berpuashati dan secara tidak langsung memberi peluang kami menerbitkan musim kedua, kata Azlisham.

SETELAH beraya di London, Jaa Suzuran terbang ke Sepanyol untuk beraya bersama Duta dan staf di Kedutaan Besar Malaysia di Madrid, Sepanyol. / Foto diambil sekitar September-November 2019, sebelum wabak Covid-19.

Sudip Pusing Dunia bersiaran sepanjang Ramadan setiap hari pada pukul 5 petang bermula pada hari pertama puasa sehingga 30 Ramadan.

Sementara itu, Sudip Pusing Dunia edisi khas Hari Raya akan bersiaran di RTM TV2 pada hari raya kedua pukul 3 petang dan akan membawa penonton merasai bagaimana sambutan Hari Raya Aidilfitri di UK dan Sepanyol.

Dengan pengacaranya Jaa Suzuran, rancangan khas selama sejam ini akan membawa anda berkongsi resipi raya Malaysia dan Sepanyol dengan lokasi menarik.

Sudip Pusing Dunia arahan Rahila Ali dengan skrip oleh Amy Aimi dan Wira Hijau menjalani penggambaran di Kedutaan Besar Malaysia di Madrid dan Junta Islamica (organisasi Islam) di Cordoba, Sepanyol.

SELEPAS beraya di Madrid, Jaa Suzuran meneruskan perjalanan ke Cordoba untuk merasa bagaimana beraya bersama masyarakat Islam di Cordoba / Foto diambil sekitar September-November 2019, sebelum wabak Covid-19.

Setiausaha Pertama di Kedutaan Besar Malaysia di Madrid, Khaeriah Zaehera akan memasak bersama hos program ini, Jaa Suzuran yang mana masakan ini dihidangkan untuk tetamu istimewa Duta Besar Malaysia di Sepanyol, Tuan Yang Terutama, Akmal Che Mustafa dan staff kedutaan serta para pelajar Malaysia.

Pengarah Pembangunan dan Penyeragaman Institut Halal di Cardoba, Hanif Escudero Uribe dan dua warga Junta Islamica iaitu Francisco dan Jose memasak makanan raya Sepanyol.

POSE raya Abe Jaa bersama Duta, staf Kedutaan Besar Malaysia di Madrid serta para pelajar Malaysia di Sepanyol.

Antara juadah raya dari Sepanyol ialah Daging Kuch Kuch Hota Hai, Chicken Chop Riang Ria Raya, Perol ( nasi istimewa dari Abdalusia),BBQ Lamb dan Sate Seloka Hari Raya.

Resipi istimewa dari UK pula ialah Lemang dan Rendang Daging Portobello dan Ayam Panggang Cantik Berseri yang dimasak oleh pemilik Restoran Makan Cafe di Portobello Road, London iaitu Hairani Muhamad dan anaknya,Mohd. Izzat.

Cafe Makan di Portobello Road, London.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here