Covid-19: Penasihat PM British ziarah ibu bapa ketika mengalami gejala

0
294
KETUA PENASIHAT Strategi politik PM British , Dominc Cummings terkenal dengan pakaian ringkas dan beg pasar sewaktu bertugas.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

KETUA penasihat politik dan pakar strategi Perdana Menteri British Boris Johnson memandu beratus kilometer dari London ke Durham, United Kingdom pada waktu ‘lockdown’ walaupun beliau sedar mempunyai gejala Covid-19.

Menurut satu sumber beliau bersama isteri telah berkunjung ke rumah kedua-dua orang tua Cummins untuk kuarantin diri secara sukarela, lapor BBC.

Sumber tersebut berkata Cummings tidak melanggar sebarang peraturan rasmi kerana pasangan itu berkurung di dalam bangunan berasingan.

Pihak Parti Buruh telah mendesak pejabat PM British supaya memberikan penjelasan berhubung tindakan Cummings itu.

Mereka berkata sekiranya benar apa yang berlaku, ketua penasihat PM British itu jelas telah mengingkari peraturan perintah ‘lockdown.’

Menurut mereka di United Kingdom sekarang seolah-olah wujud satu set undang-undang untuk rakyat biasa dan satu set lagi untuk Dominic Cummings.

Pemimpin Scottish Nationalist Party Westminster Ian Blackford pula mendesak supaya Cummings meletak jawatan atau disingkir oleh Boris Johnson sebagai bukti integriti kewibawaan pemimpin tertinggi British itu.

Pejabat Perdana Menteri British enggan memberikan komen.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here