Pentadbir FB penyebab mangsa buli siber bunuh diri boleh dikenakan tindakan

    0
    578

    SEBUAH kumpulan hak pengguna berkata pentadbir Facebook boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung hantaran yang didakwa menjadi penyebab seorang wanita berusia 20 tahun membunuh diri.

    Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) berkata “Joker Oruvan” boleh didakwa mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan kerana didakwa bersubahat dengan tindakan bunuh diri Thivyaanayagi Rajendran.

    “Tindakan dapat diambil terhadap pentadbir tersebut jika individu tersebut dikaitkan dengan kematian wanita itu,” kata penasihat undang-undang MCCA, R Vikraman kepada FMT.

    Pada Khamis, Thivyaanayagi dilaporkan menggantung diri selepas dia diserang di media sosial kerana “dating” dengan rakan sekerja Bangladesh yang bekerja dengannya sebagai juruwang di 7-Eleven di Pulau Pinang.

    Menurut keluarganya, tanggapan “berdating” itu datang daripada satu video menunjukkan beliau dengan seorang pekerja asing, yang cuba melakonkan satu adegan dalam sebuah lagu berbahasa Hindi. Video itu dirakamkan ketika kedua-duanya kelihatan duduk di belakang kaunter juruwang.

    Video yang dimuat naik rakan sekerja wanita itu kemudiannya dimuat naik semula oleh seorang pengguna Facebook bernama “Joker Oruvan” dengan satu catatan bahasa Tamil yang ditukar kepada bahasa rumi: “Bagaimana gadis ini jatuh cinta dengan seorang Bangla…semua orang tentu merestui anda.”

    Pakcik Thivyaanayagi, K Sathyaseelan berkata catatan itu, yang terus menyerang anak saudaranya, mendapati lebih 300 komen yang kebanyakannya mencemuh beliau kerana “berdating” dengan warga asing.

    Catatan itu dipadamkan kemudian.

    Vikraman berkata pentadbir mempunyai kewajipan untuk memeriksa sama ada hantaran yang mereka kongsi itu sahih.

    “Beban ada pada pentadbir halaman untuk memastikan dia tidak menerbitkan atau berkongsi hantaran yang mereka tidak pasti,” katanya.

    Beliau berkata pentadbir boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana berkongsi “kandungan yang menyinggung perasaan dan mengancam” jika mereka bertindak tidak bertanggungjawab.

    Sementara itu, aktivis hak asasi kanak-kanak James Nayagam berkata kes buli siber yang dilaporkan hanyalah sebahagian kecil, sambil menambah ia semakin teruk.

    Nayagam berkata jika undang-undang menetapkan seseorang harus berdepan undang-undang kerana menyebarkan berita palsu, hal yang sama juga berlaku kepada mereka yang berkongsi kandungan yang menyebabkan bunuh diri.

    “Berita palsu dapat merosakkan reputasi di mana sampai batas tertentu, dapat diperbaiki. Kehilangan nyawa tidak dapat dipulihkan. Oleh itu pentadbir mesti bertanggungjawab terhadap apa yang dia siarkan di media sosial,” katanya.

    Beliau berkata memandangkan usaha mengubah minda pembuli siber sukar, lebih mudah untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang mendorong tingkah laku tersebut.

    “Kita perlu mengirim pesan yang kuat mengenai bertanggungjawab terhadap apa yang mereka hantar,” katanya.

    https://bit.ly/3cXItmq

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here