Rentas negeri kurang kerana denda, pelajar terkandas di kampus

    0
    348
    ANGGOTA polis membuat pemeriksaan ke atas pemandu kenderaan di Plaza Tol Duta menghala ke utara tanah air ekoran sekatan jalan raya bagi menyaring pemandu yang masih mahu pulang menyambut Aidilfitri di kampung ketika tinjauan hari ini. --fotoBERNAMA

    PUTRAJAYA — Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri untuk meraikan Hari Raya di kampung halaman berkurangan selepas kerajaan mengumumkan denda RM1,000 bagi kesalahan itu dalam usaha membendung penularan Covid-19.

    Katanya, sebanyak 1,613 kenderaan cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam berbanding 2,539 kenderaan pada hari sebelumnya.

    Beliau berkata, Selangor mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi dengan 329 kenderaan, diikuti Kedah (211) dan Pulau Pinang (196).

    “Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran, termasuk mengenakan kompaun,” katanya pada sidang media hariannya hari ini.

    Ismail berkata, polis juga mengadakan 157 sekatan jalan rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 216,594 kenderaan semalam.

    Pelajar terkandas di kampus

    Ismail berkata, kerajaan bersetuju mempercepatkan proses penghantaran pulang pelajar di kampus pada 26 Mei berbanding 28 Mei.

    Beliau berkata, seramai 1,480 pelajar dijadual pulang pada 26 Mei ini, termasuk 4 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu yang akan membawa pulang 1,148 pelajar.

    “Turut dijadualkan 2 penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur yang membawa pulang 332 pelajar.

    “Pelajar yang akan dihantar pulang selepas 26 Mei telah menjalani saringan kesihatan seperti ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

    https://bit.ly/3ebMFPx

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here