48 kes jangkitan baharu Covid-19, tiada kematian

0
250

PUTRAJAYA — Tiada korban baharu berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 115 orang.

Dalam perkembangan sama, 48 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,185 orang sehingga kini.

Daripada kes baru itu, 4 kes import dilaporkan.

“Kes penularan tempatan sebanyak 44 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ketika ini, seramai 1,158 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 9 di unit rawatan rapi dengan 5 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 53 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,912 orang sehingga kini.

https://bit.ly/2WX7NDB

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here