Azura risaukan Jamal Abdillah

0
13419
Jamal bersama Azura.

Oleh NAFSIAH JANI

SETIAP ibubapa pasti merasa risau tentang masa depan anak-anak mereka. Begitu juga dengan raja pop kita Datuk Jamal Abdillah, 61, yang turut merasa risau memikirkan masa depan anak-anaknya Osama Yamani, Zaki Yamani dan Nur Azura Yamani.

“Anak-anak lelaki saya tu kedua-duanya masih budak lagi temasuk adik mereka Azura. Itu sebabnya saya risaukan tentang masa depan mereka termasuk Azura yang kini baru berusia tujuh bulan. Sekarang umur saya dah 61 tahun…10 tahun lagi dah 71… itu sebab sekarang saya kena kerja keras untuk anak-anak saya. Tak lama lagi nak dapat anak lagi. Kalau ada rezeki saya bakal menimang anak keempat tidak lama lagi.

“Itu sebabnya kini saya kena kerja lebih keras lagi bagi persiapan untuk masa depan mereka seperti buat simpanan, rumah dan apa saja demi masa depan mereka,’’ kata Jamal lagi.

Seperti bapa-bapa yang lain, Jamal juga ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup mereka.

“Kalau ditakdirkan besar nanti, saya tak kisah jika Azura nak jadi penyanyi dan ikut jejak langkah saya macam abang-abangnya. Tapi kalau boleh saya ingin Azura menjadi seorang peguam. Ialah sebagai bapa kita hanya impikan yang terbaik untuk anak kita. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang bakal menentukannya,’’ ujarnya lagi.

Jamal bersama anaknya Osama Yamani.

Sepatutnya bulan Ogos ini, Jamal sibuk dengan konsert terbesarnya sempena 41 tahun penglibatannya dalam bidang seni. Namun semuanya terpaksa dibatalkan berikutan pandemic Covid-19 dimana orang ramai tidak digalakkan berkumpul dalam skala yang besar.

“Bulan ini sepatutnya saya tengah sibuk dengan latihan untuk konsert yang akan berlangsung selama lima hari di Istana Budaya. Konsert berskala besar selama dua jam ini bakal diiringi 80 orang pemuzik orkestra. Ada penceritaan dalam setiap lagu yang bakal ditampilkan.

“Mungkin tak ada rezeki tahun ini dan kalau ada rezeki saya akan teruskan impian ini pada tahun hadapan. Saya harap peminat saya sabar menanti tahun hadapan untuk melihat saya kembali beraksi dikonsert tersebut,’’ tambah Jamal penuh harapan.

Sempena kedatangan Hari Raya ini, Jamal juga turut muncul dengan single lagu raya terbaru ciptaan komposer Lan Laga dan lirik, Habsah Hassan. Lagu bertajuk Hariraya Menjadi Saksi ini duet Jamal dengan anak sulongnya, Osama Yamani.

Selepas ini, suami kepada Datin Zai Izzati Khiruddin juga akan muncul dengan tiga buah single terbarunya. Dua buah lagu bergenre rap dan sebuah lagu berunsurkan ketuhanan.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here