Kriket Trofi Melayu berpindah ke Cape Town 2021?

0
545
PASUKAN Melayu Sri Lanka bersama Yang Dipertua Kriket Melayu Tuanku Ja’afar sewaktu menyertai kejohanan pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Oleh TL ANG

KUALA LUMPUR — Penganjuran pertandingan kriket merebut Trofi Melayu Antarabangsa XII yang sepatutnya berlangsung akhir Disember 2020 di Hambantota, Sri Lanka terpaksa ditunda lagi.

Ini berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih belum selesai dan membimbangkan penyertaan Malaysia dan Afrika Selatan.

PRESIDEN Kriket Melayu Afrika Selatan Rydwaun Salie (kiri) menyampaikan cenderamata daripada Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela kepada Tuanku Ja’afar dalam majlis makan malam sempena saingan Trofi Melayu Antarabangsa 2001 di Kuala Lumpur

Berpandukan perbincangan menerusi  telefon dua hari lepas, wakil Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Colombo, Senarath Alwis bersetuju kalau kejohanan ini ditangguh ke tahun 2021 berikutan kesukaran untuk mengendalikannya tahun 2020.

Pertarungan yang sepatutnya berlangsung tahun 2019 juga ditunda kerana Sri Lanka ketika itu menghadapi masalah keselamatan berikutan beberapa letupan bom oleh pengganas di negara itu.

Trofi Melayu Antarabangsa diperkenalkan pada tahun 1999 di Kuala Lumpur dengan penyertaan Melayu Sri Lanka tetapi kemudian ia mnejadi tiga negara dengan kehadiran  Melayu Afrika Selatan dua tahun kemudian.

TUANKU Ja’afar beramah mesra dengan pegawai dan pemain Melayu Afrika Selatan ketika menyertai pertandingan tahun 2001.

Pengerusi Melayu Afrika Selatan, Fareed Abrahams berkata jika Sri Lanka sukar menjadi tuan rumah tahun 2021, Cape Town atau Port Elizabeth akan melakukan tawaran untuk menganjurkannya.

”Kami akan membuat keputusan rasmi sehari dua lagi,” katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here